Azril Mohd Amin, Naib Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) berpendapat tuntutan nama Allah yang berselindung di sebalik istilah demokrasi dan hak asasi manusia merupakan salah satu cabaran besar umat Islam yang berlaku pasca zaman reformasi 1998.
“Di Malaysia, mungkin mereka gunakan pendekatan lain. Mereka berselindung di sebalik istilah-istilah demokrasi dan hak asasi manusia. Tapi secara tidak langsung kebelakangan ini kita lihat mereka cuba menghakis kedudukan Islamdan mengelirukan masyarakat.
“Saya dulu pun terlibat secara langsung dalam reformasi. Kami juga berada di barisan hadapan, berdemonstrasi menentang kerajaan dan sebagainya.
“Tapi kita tersedar bahawa ‘eh..terlampau banyak sangat kuasa-kuasa, unsur-unsur asing, NGO-NGO yang datang, yang hadir memberikan kami bahan bacaan, memberikan kami latihan tentang hak asasi manusia.’
“Jadi, ini adalah satu trend yang berlaku di seluruh dunia dan dalam konteks Malaysia mereka mencuba membuat kes-kes begini, membuat perubahan atas nama demokrasi dan hak asasi manusia kerana mereka tahu Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia yang meletakkan Islam sebagai agama negara. Tak ada negara lain, “katanya.
Ikutilah wawancara AIDC bersama Azril pada 25 Ogos di Bangi selengkapnya.