CENTHRA berlandaskan acuan Islam

Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia, (Centre for Human Rights Research and Advocacy) atau ringkasnya CENTHRA yang telah mula berfungsi semenjak 1 Mei lalu adalah bukti permuafakatan pertubuhan-pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGI) dan selesainya giliran Malaysia membuat penerimaan akhir di pusingan kedua Semakan Berkala Sejagat (UPR) di Geneva, Switzerland pada bulan Mac 2014. Idea penubuhan CENTHRA diasaskan pada keperluan mendesak untuk menyediakan rangka pemikiran dan strategi jangka panjang kefahaman dan tindakan memperbaiki keadaan hak asasi manusia di Malaysia yang menurut perspektif serta pandangan alam Islam. CENTHRA yang didaftarkan sebagai sebuah entiti tidak berorientasikan keuntungan, berfungsi sebagai medium penyelidikan dan advokasi yang terlibat secara langsung dalam menangani isu-isu hak asasi manusia di peringkat nasional, serantau dan khususnya di peringkat Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHRC) di Geneva.Continue reading “CENTHRA berlandaskan acuan Islam”

Pemerkasaan pendekatan IPHRC

Diterbitkan di sini.

Suruhanjaya Tetap Bebas Hak Asasi Manusia (IPHRC) yang dianggotai 18 negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) telah direalisasikan penubuhannya pada bulan Jun 2011 bagi mencari langkah pemerkasaan hak asasi manusia dari perspektif Islam. Malaysia, selain Turki dan Indonesia, merupakan anggota yang aktif dan menonjol telah turut menyumbang secara berkesan segi pendekatan yang berupaya meningkatkan taraf pencapaian hak asasi manusia di kalangan negara-negara anggota OIC.Continue reading “Pemerkasaan pendekatan IPHRC”

Israel langgar konvensyen antarabangsa PBB

Seorang sarjana terkemuka Eropah, Stephen Hopgood, telah menulis di dalam karya terbarunya, “The Endtimes of Human Rights” (2013) tentang kegagalan sistem hak asasi manusia sejagat dalam melindungi hak Negara-negara yang tertindas. Menurut pandangan Hopgood, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan NGO-NGO hak asasi manusia bersifat sebagai kuasa imperialisme yang bertopengkan moralisme yang pada satu masa dulu bermula sebagai suatu perkara yang baik dan kini hanya menjadi suatu industri. Lebih besar sesebuah NGO itu, besar lagi kemungkinan bahawa ianya telah berjinak dengan modal, dan hanya wujud untuk mengumpul wang dan bukannya mengumpul wang untuk wujud.Continue reading “Israel langgar konvensyen antarabangsa PBB”

8 sebab mengapa RUU Harmoni harus diwaspadai kandungannya

Akta Hasutan 1948 [Akta no. 15] mempunyai latarbelakang sejarah dan alasan penggubalan yang signifikan di dalam usaha membina perpaduan dan keharmonian Negara. Undang-undang tersebut telah melindungi asas-asas Negara khususnya Perkara 153, Perkara 152, Perkara 181 dan Bahagian Ketiga Perlembagaan Persekutuan yang tidak boleh dipersoalkan sama sekali termasuk oleh ahli-ahli Parlimen. Pada waktu akta tersebut digubal, kesemua kaum di Negara ini telah bersepakat mengenai kepentingan kewujudannya. Perkara-perkara yang dilindungi Akta tersebut juga tidak boleh dipinda tanpa persetujuan Majlis Raja-raja.Continue reading “8 sebab mengapa RUU Harmoni harus diwaspadai kandungannya”

Ancaman fahaman ‘human rights-ism’

Di dalam ucapannya semasa merasmikan Majlis Tilawah Al Qur’an Kebangsaan pada 13 Mei lalu, Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah menegaskan betapa pemikiran dan fahaman human right-ism kini menjadi ancaman atau serangan baru yang agresif terhadap umat Islam.

Continue reading “Ancaman fahaman ‘human rights-ism’”

Misi pelobi LGBT cemari agenda PBB

Diterbitkan di sini.

MATLAMAT Pembangunan Milenium 2015 (MDG 2015) mengandungi lapan tujuan yang dipersetujui oleh 192 negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk dicapai menjelang 2015. Pelan ini terhasil daripada matlamat pembangunan antarabangsa Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) dan secara rasminya diasaskan pada Kemuncak Milenium pada tahun 2000, disertai 189 pemimpin dunia yang mengguna pakai Perisytiharan Milenium PBB.

Continue reading “Misi pelobi LGBT cemari agenda PBB”

CENTHRA hadapi cabaran selepas UPR

Selepas sesi penerimaan muktamad berkaitan proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) bagi Malaysia di sesi ke 25 Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Geneva 20 Mac baru-baru ini, isu-isu yang melingkari tuntutan-tuntutan batil Hak Asasi Manusia terhadap Malaysia terus mendapat perhatian pelbagai pihak. Terkini, beberapa kenyataan kontroversi daripada NGO-NGO bersekutu COMANGO melalui acara sampingan (side event) yang dianjurkan di Geneva pada 21 Mac menjadi bukti betapa puak-puak yang berkepentingan dan tidak menghormati kedaulatan Negara akan terus berusaha untuk mengganggu-gugat kemurnian Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan Negara.Continue reading “CENTHRA hadapi cabaran selepas UPR”

Kenyataan Media MuslimUPRo 27 Mac 2014

Sesi penerimaan muktamad (final adoption) bagi Malaysia di pusingan kedua Semakan Berkala Sejagat (Universal Periodic Review – UPR) di Majlis Hak Asasi Manusia, Geneva, Switzerland telah selesai pada 20 Mac 2014 dengan 150 iaitu 2/3 dari keseluruhan syor-syor diterima secara penuh atau secara prinsip manakala baki syor-syor ditolak Kerajaan Malaysia. Pihak MuslimUPRo ingin sekali lagi merakamkan ucapan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia, khususnya kepada YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak, yang telah menzahirkan penegasan terhadap tuntutan-tuntutan Hak Asasi Manusia (HAM) bersifat kontroversi, tetapi pada masa yang sama mengambil inisiatif untuk memperbaiki keadaan HAM di Malaysia menurut kerangka Perlembagaan Persekutuan dan realiti agama, budaya dan sejarah Negara.

Continue reading “Kenyataan Media MuslimUPRo 27 Mac 2014”