Malaysia tolak tuntutan-tuntutan kontroversi di UPR Geneva

Kenyataan Media MuslimUPRo 20 Mac 2014 Geneva, Switzerland

MuslimUPRo ingin merakamkan ucapan syabas kepada kerajaan Malaysia yang telah menolak pelbagai tuntutan tidak munasabah Hak Asasi Manusia berdasarkan syor-syor negara2 anggota Majlis Hak Asasi Manusia. Penerimaan muktamad Malaysia telahpun dinyatakan di dalam dokumen rasmi PBB rujukan A/HRC/25/10/Add.1 bertarikh 4 Mac 2014 yang memperlihatkan sikap bertanggungjawab Malaysia menerima syor-syor yang munasabah dalam usaha memperbaiki keadaan Hak Asasi Manusia di negara ini. Pendirian Malaysia dinyatakan semasa Sesi Penerimaan Muktamad hari ini (20 Mac 2013). Sebagai sebuah negara Islam contoh yang mengamalkan keserdehanaan, komitmen Malaysia terhadap usaha memperbaiki tahap dan keadaan Hak Asasi Manusia di negara ini, tanpa berkompromi dengan peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan realiti sejarah, agama dan budaya negara.

Dari sejumlah 232 syor-syor tersebut, 113 syor-syor secara sepenuhnya, 21 syor secara prinsipnya diterima, manakala 83 ditolak.

Continue reading “Malaysia tolak tuntutan-tuntutan kontroversi di UPR Geneva”

Penerusan misi MuslimUPRo di Geneva

Di kala rakyat Malaysia masih diselubungi kesedihan dan pelbagai tanda tanya disebabkan misteri kehilangan pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia semenjak 8 Mac lalu, beberapa perwakilan delegasi MuslimUPRo dengan berat hati telah meninggalkan bumi Malaysia untuk meneruskan perjuangan di Geneva apabila Negara menghampiri sesi penerimaan muktamad (final adoption) syor-syor yang telah dikemukakan 104 negara-negara anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu semasa pusingan kedua yang telah diadakan pada 24 Oktober 2013 lalu. Sebanyak 232 syor-syor telah dikemukakan terhadap Malaysia berkenaan rekod dan pencapaian hak asasi manusia Negara di sepanjang empat tahun yang lalu.

Continue reading “Penerusan misi MuslimUPRo di Geneva”

Kenyataan Media MuslimUPRo 12 Mac 2014

KENYATAAN MEDIA DELEGASI PERTUBUHAN-PERTUBUHAN ISLAM DI DALAM SEMAKAN BERKALA SEJAGAT (MUSLIMUPRO)

12 Mac 2014 │ 10 Jamadil Awal 1435 │ Bangi, Selangor Darul Ehsan

Kenyataan media ini dikeluarkan bersempena Seminar Islam dan Hak Asasi Manusia: Cabaran Tuntutan COMANGO dan Masa Depan Malaysia, yang dianjurkan sebagai penzahiran kerjasama MuslimUPRo, Jabatan Usuludin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, UKM dan Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (YADIM). Seminar yang dianjurkan ini berhasrat memperhalusi kajian tema-tema penting di sekitar isu-isu HAM menurut pandangan Islam dan juga sebagai medan untuk MuslimUPRo dan pertubuhan-pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGI) berkongsi idea dan pengalaman semasa sesi UPR dan mendapatkan respons serta pandangan arah tuju perjuangan HAM menurut perspektif Islam.Continue reading “Kenyataan Media MuslimUPRo 12 Mac 2014”

Kenyataan Media MuslimUPRo 14 Januari 2014

Delegasi MuslimUPRo kini sedang berada di Geneva, Switzerland untuk meneruskan agenda melobi NGO-NGO Hak Asasi Manusia (HAM) dan misi perwakilan negara-negara anggota PBB menjelang penerimaan muktamad (final adoption) syor-syor kepada Malaysia semasa sesi ke 17 Semakan Berkala Sejagat (UPR) yang akan diadakan pada bulan Mac 2014.Continue reading “Kenyataan Media MuslimUPRo 14 Januari 2014”

Memorandum MuslimUPRo 22 Oktober 2013

MEMORANDUM GABUNGAN PERTUBUHAN-PERTUBUHAN ISLAM DI DALAM PROSES UPR (MuslimUPRo)

22 Oktober 2013M bersamaan 17 Dzulhijjah 1434H

Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam di dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) Majlis Hak Asasi Manusia atau ringkasnya MuslimUPRo telah digagaskan sebagai salah satu usaha untuk memantau NGO-NGO Hak Asasi Manusia (HAM) dan pertubuhan-pertubuhan sekular-liberal yang menggunakan saluran Gabungan NGO Malaysia di dalam Proses UPR (COMANGO), untuk menuntut perkara-perkara yang mencabar kedudukan Islam sebagai agama Negara melalui Proses Semakan Berpenggal Sejagat (UPR) Majlis Hak Asasi Manusia HRC (UN) di Geneva, Switzerland yang akan melibatkan Malaysia pada 24 Oktober 2013.Continue reading “Memorandum MuslimUPRo 22 Oktober 2013”

Makluman penting dan terkini: Kes nama suci Allah di Mahkamah Rayuan, Putrajaya

22.08.2013 merupakan tarikh yang penting bagi umat Islam di Malaysia. Pada tarikh tersebut, Mahkamah Rayuan, Putrajaya telah menetapkan pendengaran notis permohonan pihak Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur (“The Church”) untuk membatalkan rayuan (striking out the appeal) pihak Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan serta perayu-perayu lain berhubung larangan penggunaan nama suci Allah oleh penganut agama Kristian di Malaysia.Continue reading “Makluman penting dan terkini: Kes nama suci Allah di Mahkamah Rayuan, Putrajaya”

20 NGO Islam tolak LGBT

© Utusan Melayu (M) Bhd. Sumber asal berita di sini.

KUALA LUMPUR 5 Jan. – Lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam akan mengemukakan beberapa cadangan kepada kerajaan berhubung rujukan syor untuk Semakan Berkala Sejagat (UPR) yang harus dipatuhi oleh setiap negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam tempoh terdekat.

Naib Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Azril Mohd. Amin berkata, tumpuan cadangan kepada laporan itu lebih menjurus kepada memelihara hak-hak umat Islam di negara ini supaya PBB dapat memberi pertimbangan wajar mengikut perspektif betul berdasarkan syariah dan Perlembagaan Persekutuan.

Continue reading “20 NGO Islam tolak LGBT”

PEMBELA: Beberapa catatan dan pembetulan fakta

Saya merasa terpanggil untuk menulis beberapa aspek tentang sejarah penubuhan Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) sebagai respons terhadap beberapa tanggapan sinis terhadap gagasan tersebut. Sangat memeranjatkan apabila tanggapan sedemikian rupa datangnya daripada mereka yang mengaku sebagai aktivis gerakan Islam, dan membiarkan sikap taksub pada politik kepartian mereka menafikan peranan PEMBELA sebagai rangkaian perjuangan umat Islam di Malaysia serta gagasan murni yang melangkaui sebarang kepentingan politik kepartaian demi mempertahankan kesejahteraan aqidah umat Islam.Continue reading “PEMBELA: Beberapa catatan dan pembetulan fakta”