Kenyataan Media MuslimUPRo 20 Mac 2014 Geneva, Switzerland
MuslimUPRo ingin merakamkan ucapan syabas kepada kerajaan Malaysia yang telah menolak pelbagai tuntutan tidak munasabah Hak Asasi Manusia berdasarkan syor-syor negara2 anggota Majlis Hak Asasi Manusia. Penerimaan muktamad Malaysia telahpun dinyatakan di dalam dokumen rasmi PBB rujukan A/HRC/25/10/Add.1 bertarikh 4 Mac 2014 yang memperlihatkan sikap bertanggungjawab Malaysia menerima syor-syor yang munasabah dalam usaha memperbaiki keadaan Hak Asasi Manusia di negara ini. Pendirian Malaysia dinyatakan semasa Sesi Penerimaan Muktamad hari ini (20 Mac 2013). Sebagai sebuah negara Islam contoh yang mengamalkan keserdehanaan, komitmen Malaysia terhadap usaha memperbaiki tahap dan keadaan Hak Asasi Manusia di negara ini, tanpa berkompromi dengan peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan realiti sejarah, agama dan budaya negara.
Dari sejumlah 232 syor-syor tersebut, 113 syor-syor secara sepenuhnya, 21 syor secara prinsipnya diterima, manakala 83 ditolak.
Continue reading “Malaysia tolak tuntutan-tuntutan kontroversi di UPR Geneva”
3.154114
101.708601