MuslimUPRo’s Media Statement 1st October 2013

Malaysia‘s Second Evaluation under the Universal Periodic Review Process, Human Rights Council, Geneva

The coalition of Islamic NGOs in the UPR process (MuslimUPRo) will be sending a small delegation of observers to the UPR session involving Malaysia at the Human Rights Council, Geneva, Switzerland on 24th October 2013. Prior to this, it was the first time that the Islamic Non-Government Organisations were officially invited by Wisma Putra, Ministry of Foreign Affairs, to attend a consultancy process for the preparation of a Malaysian national report to the Universal Periodic Review of the United Nations Human Rights Council.Continue reading “MuslimUPRo’s Media Statement 1st October 2013”

Tuntutan-tuntutan COMANGO untuk Proses Semakan Berkala Sejagat Malaysia 2013

Malaysia semakin menghampiri sesi Semakan Berkala Sejagat (UPR) pada 24 Oktober 2013 di Majlis Hak Asasi Manusia, Geneva, Switzerland. Terdapat beberapa laporan yang dihantar secara berasingan kepada Majlis tersebut oleh badan-badan seperti Becket Fund for Religious Liberty, Human Rights Watch, Amnesty International, Majlis Peguam, International Commission of Jurists dan lain-lain NGO Hak Asasi Manusia, tetapi isi kandungan laporan COMANGO (iaitu gabungan NGO-NGO Malaysia di dalam proses UPR) membentuk sebahagian besar tuntutan yang terkandung di dalam dokumen-dokumen yang menjadi asas rujukan rekod hak asasi Malaysia pada pusingan kali ini. Di antara tuntutan-tuntutan berbahaya di dalam laporan tersebut ialah:Continue reading “Tuntutan-tuntutan COMANGO untuk Proses Semakan Berkala Sejagat Malaysia 2013”

Ahli Parlimen Muslim diminta dedahkan kandungan taklimat UPR oleh COMANGO

Pada 11 Julai 2013 lalu, suatu sesi taklimat bagi ahli-ahli parlimen telah diadakan oleh Gabungan NGO Malaysia bagi Proses UPR (COMANGO) di bangunan Parlimen. Sesi taklimat tersebut telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Chua Tian Chang, ahli parlimen Batu, dan dihadiri beberapa wakil NGO Hak Asasi Manusia (HAM), di antaranya Honey Tan (COMANGO report), Angela Kukathas (SOGI report – Sexual Orientation and Gender Identity), Masjaliza Hamzah (CIJ report – Centre of Independent Journalism) Daniel Lo (MWG report by CAMSA, Coalition to Abolish Modern-day Slavery in Asia) dan Andrew Khoo (Majlis Peguam Malaysia).Continue reading “Ahli Parlimen Muslim diminta dedahkan kandungan taklimat UPR oleh COMANGO”

Tuntutan nama Allah di Mahkamah – Wawancara II

Azril Mohd Amin, Naib Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) berpendapat tuntutan nama Allah yang berselindung di sebalik istilah demokrasi dan hak asasi manusia merupakan salah satu cabaran besar umat Islam yang berlaku pasca zaman reformasi 1998.

“Di Malaysia, mungkin mereka gunakan pendekatan lain. Mereka berselindung di sebalik istilah-istilah demokrasi dan hak asasi manusia. Tapi secara tidak langsung kebelakangan ini kita lihat mereka cuba menghakis kedudukan Islamdan mengelirukan masyarakat.Continue reading “Tuntutan nama Allah di Mahkamah – Wawancara II”

Tuntutan nama Allah Di Mahkamah – Wawancara I

Azril Mohd Amin, Naib Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) berpendapat kes kalimah Allah yang sedang dibicarakan di mahkamah hari ini memberi implikasi yang sangat besar terhadap umat Islam.

Menurut beliau, sekiranya pihak Titular Roman Catholic Archibishop of Kuala Lumpur (Titular Gereja) dibenarkan mahkamah menggunakan kalimah Allah dalam akhbar mingguan Katolik ‘The Herald’, kesannya bukan setakat penerbitan itu, malah terhadap pernerbitan dan perkara lain.Continue reading “Tuntutan nama Allah Di Mahkamah – Wawancara I”

Mensyukuri Keputusan 22 Ogos, Bersedia Menghadapi 10 September

Kenyataan Media Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) 23 Ogos 2013 oleh Dr. Yusri Mohamad, Pengerusi PEMBELA

Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) yang merupakan antara gabungan pertubuhan-pertubuhan Islam utama di Malaysia ingin merakamkan setinggi kesyukuran ke hadrat Allah dan mengalu-alukan keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes nama suci Allah SWT semalam. Mahkamah telah menolak permohonan pihak Archbishop Roman Katolik Kuala Lumpur yang cuba untuk mengenepikan rayuan pihak Kerajaan, Majlis-majlis Agama Islam dan NGO Islam terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi sebelum ini yang membenarkan penggunaan nama suci Allah SWT oleh orang bukan Islam.Continue reading “Mensyukuri Keputusan 22 Ogos, Bersedia Menghadapi 10 September”

Guarding the sanctity of Islam

A British Muslim who has many family contacts in the Yemen reports that most of the remaining Guantanamo Bay Prison Camp inmates are Yemeni. These families have reported to him that the Prison Camp guards have used forced-feeding this past Ramadhan by inserting tubes into the inmates’ stomachs, to destroy their fast. What happened to Obama’s promise to close this facility? We have proof here that even Obama cannot stand against the deadly enemies of Islam, whatever he says or does otherwise.

Continue reading “Guarding the sanctity of Islam”

Makluman penting dan terkini: Kes nama suci Allah di Mahkamah Rayuan, Putrajaya

22.08.2013 merupakan tarikh yang penting bagi umat Islam di Malaysia. Pada tarikh tersebut, Mahkamah Rayuan, Putrajaya telah menetapkan pendengaran notis permohonan pihak Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur (“The Church”) untuk membatalkan rayuan (striking out the appeal) pihak Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan serta perayu-perayu lain berhubung larangan penggunaan nama suci Allah oleh penganut agama Kristian di Malaysia.Continue reading “Makluman penting dan terkini: Kes nama suci Allah di Mahkamah Rayuan, Putrajaya”