Kenyataan Media MuslimUPRo 12 Mac 2014

KENYATAAN MEDIA DELEGASI PERTUBUHAN-PERTUBUHAN ISLAM DI DALAM SEMAKAN BERKALA SEJAGAT (MUSLIMUPRO)

12 Mac 2014 │ 10 Jamadil Awal 1435 │ Bangi, Selangor Darul Ehsan

Kenyataan media ini dikeluarkan bersempena Seminar Islam dan Hak Asasi Manusia: Cabaran Tuntutan COMANGO dan Masa Depan Malaysia, yang dianjurkan sebagai penzahiran kerjasama MuslimUPRo, Jabatan Usuludin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, UKM dan Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (YADIM). Seminar yang dianjurkan ini berhasrat memperhalusi kajian tema-tema penting di sekitar isu-isu HAM menurut pandangan Islam dan juga sebagai medan untuk MuslimUPRo dan pertubuhan-pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGI) berkongsi idea dan pengalaman semasa sesi UPR dan mendapatkan respons serta pandangan arah tuju perjuangan HAM menurut perspektif Islam.Continue reading “Kenyataan Media MuslimUPRo 12 Mac 2014”

Beyond COMANGO’s demands

Best-selling sociologist Ivan Illich wrote a short classic on energy problems fifty years ago, where he analyzed and proposed what he called “Energy and Equity”. By this he hoped that the earth’s energy resources would be distributed evenly and fairly among all of civilization. Barring long-sought breakthroughs in the engineering of nuclear fusion power (promising unlimited energy for everyone), this dream has not come close to being fulfilled. We now have the same problem in the fair protection of human rights for the entire human race.Continue reading “Beyond COMANGO’s demands”

Penderitaan Rohingya: Perlunya tindakan lebih berkesan

Diterbitkan di sini.

Mesyuarat Peringkat Tertinggi Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) ke-21 yang diadakan di Pnom Penh pada 18-19 November 2012 telah mezahirkan keazaman politik baru rantau ini dengan termeterainya Perisytiharan Hak Asasi Manusia (HAM) ASEAN atau ASEAN Human Rights Declaration (AHRD) yang melakar sejarah kewujudan rantau yang strategik ini.

Continue reading “Penderitaan Rohingya: Perlunya tindakan lebih berkesan”

Kenyataan Media MuslimUPRo – Aye Maung Penjenayah Perang

4 Februari 2014 │ 4 Rabiul Akhir 1435

Lebih setahun yang lalu iaitu pada bulan Jun 2013, dua belas Pemenang Anugerah Keamanan Nobel – termasuk Ketua Biskop Desmond Tutu, Shirin Ebadi, Muhammad Yunus, Tawakkol Karman dan Jody Williams- telah menyeru penamatan segera keganasan terhadap orang Islam dan minoriti etnik lain di Myanmar.Continue reading “Kenyataan Media MuslimUPRo – Aye Maung Penjenayah Perang”

Hentikan segera pembersihan etnik Rohingya

Sumber terbaru media antarabangsa telah melaporkan pembunuhan tidak kurang 30 orang Rohingya beragama Islam. Menurut laporan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) pada 23 Januari, ketua agensi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Valerie Amos telah menuntut kerajaan Myanmar agar segera membenarkan pekerja bantuan kemanusiaan memasuki kawasan-kawasan krisis dan menggesa penyiasatan bebas dibuat untuk mengetahui sebab pembunuhan tersebut. Manakala presiden Majlis Hak Asasi Manusia Navi Pillay pula telah menuntut penyiasatan segera dilakukan terhadap kejadian pembunuhan tersebut setelah menerima laporan yang berasas mengenai siri pembunuhan orang Islam di Du Chee Yar Tan, salah sebuah perkampungan di Rakhine yang menjadi lokasi terbesar pembunuhan beramai-rami orang Islam.Continue reading “Hentikan segera pembersihan etnik Rohingya”

Kenyataan Media MuslimUPRo 14 Januari 2014

Delegasi MuslimUPRo kini sedang berada di Geneva, Switzerland untuk meneruskan agenda melobi NGO-NGO Hak Asasi Manusia (HAM) dan misi perwakilan negara-negara anggota PBB menjelang penerimaan muktamad (final adoption) syor-syor kepada Malaysia semasa sesi ke 17 Semakan Berkala Sejagat (UPR) yang akan diadakan pada bulan Mac 2014.Continue reading “Kenyataan Media MuslimUPRo 14 Januari 2014”